Ramai yang pernah mendengar nama ini. Ramai yang
mengetahui siapa baginda. Ramai yang ingin mengenal dengan lebih dekat peribadi
baginda. Oleh itu saya menceritakan sedikit tentang diri seorang Rasul bernama
Muhammad SAW.
----------------------------------
Tanggal 12 Rabiulawwal Tahun Gajah bersamaan 20
April 571 M, lahirlah dari kalangan suku Qushai kaum Quraisy seorang bayi yang
diberi nama Muhammad bin Abdullah. Bayi inilah kemudiannya yang ketika
dewasanya menjadi Rasul penyelemat bangsanya dan seterusnya, ke serata pelusuk
dunia.
----------------------------------
A. Baginda diberikan nama Muhammad oleh datuknya,
Abdul Mutalib yang pada ketika pembesar Mekah (suku Qushai sebelumnya berjaya
merampas tampuk kekuasaan dari suku Khuza'ah). Nama baginda membawa maksud
"Yang Terpuji".
Baginda membawa nama ini dengan baik sehingga pada
usia remaja dan dewasanya baginda amat terkenal dengan sikap jujur dan amanah.
Kerana sikap ini baginda diberi gelaran As-Saddiq (Yang Benar) dan Al-Alamin
(Yang Dipercayai). Baginda dipercayai bukan sahaja oleh sukunya, tetapi juga
suku-suku lain termasuk yang bermusuh dengan suku Qushai sendiri.
Kepimpinan dan kepintaran baginda terbukti semasa
baginda menjadi hakim menentukan siapa diantara 4 pembesar dari kabilah berbeza
yang patut meletakkan Hajarul-Aswad kembali ke tempatnya dia Kaabah.
Ciri-ciri ini tepat dengan wahyu yang tertulis di
dalam Book of John, chapter 14 dan 1, bahawa akan tiba seorang Nabi yang
dipanggil sebagai "Spirit of Truth" dan "Comforter" atau
"Advocate".
----------------------------------
B. Baginda dilahirkan dari keturunan Nabi Ibrahim AS
menerusi anak pertamanya, Nabi Ismail AS dan seterusnya kepada sebuah kaum yang
amat disegani di Mekah waktu itu iaitu kaum Quraisy. Melalui susur-galur,
keturunan baginda dapat dijejaki sehingga ke Nabi Ibrahim AS sendiri.
-----------------------------------
C. Baginda berjuang mempertahankan perintah Allah,
sebagaimana orang-orang dan Rasul terdahulu sebelumnya. Ini apa yang dikatakan
baginda semasa menerima wahyu dari Malaikat Jibrail.
Katakanlah: "Marilah aku bacakan apa yang
diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu
dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu
membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki
kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan
yang keji, baik yang nampak di antaranya mahu pun yang tersembunyi, dan
janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan
dengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkan
kepadamu supaya kamu memahami(nya).
Al-An'aam, QS, 6 : 151
-----------------------------------
D. Rasulullah SAW di dalam kehidupannya memberikan
sepenuh komitmen kepada melaksanakan semua yang terkandung di dalam Al-Quran.
Kerana itu apabila ditanya oleh sahabat kepada isteri Baginda Aisyah RA apakah
akhlak baginda. Aisyah akan menjawab "Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran.
Baginda semasa hidupnya menyembah Allah yang Esa
(Satu), membenarkan kitab-kitab dan Rasul-Rasul yang sebelumnya iaitu:
Taurat (Musa): Exodus chapter 20 dan Deuteronomy
chapter 5
Injil (Isa): Mark chapter 12 verse 29
"Dia menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepadamu
dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan
menurunkan Taurat dan Injil,
sebelum (Al Quran), menjadi petunjuk bagi manusia,
dan Dia menurunkan Al Furqaan. Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap
ayat-ayat Allah akan memperoleh seksa yang berat; dan Allah Maha Perkasa lagi
mempunyai balasan."
Ali 'Imran, QS, 3 : 3-4
------------------------------------
E. Baginda menyeru umat baginda untuk mentaati
Allah, melaksanakan perintah-Nya seperti yang telah diwahyukan Malaikat
Jibrail. Baginda mengajarkan apa yang dipanggil sebagai 'pokok-pokok akhlak
yang baik'
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku
adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang
dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran
kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran."
An-Nahl, QS, 16 : 90
-------------------------------------
F. Rasulullah SAW sangat memelihara dirinya. Semasa
hidup baginda, baginda menjaga dirinya dan berlepas dari mana-mana penyembahan
berhala seperti yang dilakukan oleh kaumnya. Baginda kemudiannya menyeru kepada
umatnya untuk menyembah Allah, Tuhan kepada Adam, Nuh, Musa, Isa; dan
Rasul-Rasul yang sebelumnya.
"Dan tidaklah berpecah belah orang-orang yang
didatangkan Al Kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka
bukti yang nyata.
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya
menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama
yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang
demikian itulah agama yang lurus."
Al-Bayyinah, QS, 98 : 4-5
Baginda melarang sebarang penyembahan kepada berhala
atau apa jua bentuk imej yang melambangkan Tuhan. Baginda menentang keras
kerana ianya menimbulkan banyak kompleksiti dan merendahkan sendiri martabat
Tuhan.
------------------------------------
G. Baginda sangat menjaga nama Allah. Baginda tidak
pernah sesekali mempergunakan nama itu sesuka hati dan tidak pernah menggunakan
nama itu menurut hawa nafsunya.
Baginda juga melarang sekeras-kerasnya umat baginda
mempergunakan nama Allah sewenang-wenangnya, malah menggalakkan mereka memakai
nama Abdullah (hamba Allah). Ini sejajar dengan saranan baginda iaitu:
"Segala amalan/perbuatan, yang tidak
didasari/dimulakan dengan nama Allah, maka perbuatan itu
tertolak/terbatal"
Begitu tinggi ke-Esaan Allah itu ditunjukkan dengan
perbuatan baginda menjaga nama-Nya.
--------------------------------------
H. Rasulullah SAW juga menjaga ibadah sepertimana
moyangnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ini dibuktikan melalui surah
Al-Baqarah. Bacalah firman di bawah ini dengan perlahan-lahan dan selami
maksudnya:
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya
dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya.
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh
manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari
keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang
yang zalim".
Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu
(Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah
sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada
Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf,
yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud".
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: "Ya
Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki
dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah
dan hari kemudian. Allah berfirman: "Dan kepada orang yang kafir pun Aku
beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan
itulah seburuk-buruk tempat kembali".
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina)
dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami
terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang
tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang
tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan
tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul
dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan
mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta
mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim,
melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah
memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk
orang-orang yang saleh.
Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk
patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta
alam".
Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada
anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku!
Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali
dalam memeluk agama Islam".
Al-Baqarah, QS, 2 : 124 - 132
-----------------------------------------
I. Rasulullah SAW melaksanakan ibadah yang sama
seperti mana Rasul-Rasul terdahulu beribadah, tunduk ke tanah dan sujud sambil
berdoa dan mengesakan. Baginda ketika itu akan mengadap ke arah Jerusalam
sehinggalah turunnya wahyu Allah yang menerangkan tentang penukaran kiblat ke
arah Kaabah.
"Orang-orang yang kurang akalnya diantara
manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari
kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?"
Katakanlah: "Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk
kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus"
Al-Baqarah, QS, 2 : 142
----------------------------------------
J. Rasulullah SAW juga memperjuangkan hak-hak
kemanusiaan yang pada ketika itu banyak salah-laku. Terhadap golongan hamba dan
ibubapa, hak-hak golongan anak yatim dan semestinya hak-hak seorang isteri.
Antara larangan yang selalu diingatkan Rasulullah
ialah jangan seorang anak itu berkata walaupun "Ah.." kepada ibubapa
semasa dalam menjaga mereka.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu
jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu
dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu
mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu
membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
Al-Israa', QS, 17 : 23
------------------------------------------
K. Rasulullah SAW adalah pelindung yang tegas dalam
menjaga hak-hak dan menaikkan martabat anak yatim dan fakir miskin. Dan kepada
sesiapa yang tidak menjaga amanah dan tanggungjawab ini, baginda menyatakan,
janganlah diimpikan syurga itu.
Rasulullah menggalakkan berjihad dengan harta dan
diri untuk golongan ini. Baginda mengingatkan:
"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam
dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat
pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak
(pula) mereka bersedih hati."
Al-Baqarah, QS, 2 : 274
--------------------------------------------
L. Antara larangan keras Rasulullah SAW lagi ialah
berkenaan hak-hak wanita. Rasulullah melarang keras untuk diambil wanita
sebagai isteri tanpa persetujuan mereka. Rasulullah mengingatkan lagi, jangan
sesekali berkahwin dengan seseorang wanita itu dengan niat untuk mengambil
hartanya atau menumpang kesenangannya.
"Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi
kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka
karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan
kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan
bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai
mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal
Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak"
An-Nisa, QS, 4 : 19
Dari firman ini juga kita dapat melihat bahawa
terdapat larangan keras untuk melakukan keganasan terhadap wanita.
------------------------------------------
M. Rasulullah memerintahkan supaya lelaki menjaga kepentingan
wanita, mencari nafkah dan melindungi mereka, baik mereka itu ibu, isteri,
adik-beradik (sendiri dan isteri), anak perempuan malah wanita-wanita lain yang
layak dibantu, samada Muslim ataupun tidak.
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum
wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas
sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan
sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat
kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah
telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka
nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan
peringatkanlah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu
mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi
Maha Besar."
An-Nisa, QS, 4 : 34
------------------------------------------
N. Rasulullah SAW juga melarang sekeras-kerasnya
pembunuhan mereka yang tidak bersalah.
"Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang
diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu
dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu
membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki
kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan
yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah
kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu
(sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu
memahami(nya).
Al-An'aam, QS, 6 : 151
-----------------------------------------
O. Rasulullah juga melarang umatnya melakukan zina,
samada yang belum berkahwin dan larangan itu lebih berat bagi yang sudah
berkahwin.
"Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan
dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan)
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk
itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu
ketahui."
Al-A'raaf, QS, 7 : 33
-----------------------------------------
P. Baginda melarang sekeras-kerasnya penggunaan
Riba' di dalam pinjaman sepertimana Nabi Isa melarang keras juga perbuatan ini
berabad sebelumnya. Rasulullah menegaskan Riba' ini ialah penyebab utama kepada
kejatuhan ekonomi dan ianya telah terbukti zaman-berzaman.
Baginda menganggap perbuatan ini antara yang
terkutuk dan terkeji, dan ianya merosakkan iman kita dengan Allah SWT.
"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak
dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan
lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah
disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan
riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus
berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu
(sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang
kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka;
mereka kekal di dalamnya.
Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan
Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu
berbuat dosa.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan
amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di
sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka
bersedih hati.
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada
Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang
beriman.
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa
riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika
kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak
menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."
Al-Baqarah, QS, 2 : 275 - 279
----------------------------------------
Q. Rasulullah melarang sekeras-kerasnya perjudian.
Pada baginda, judi ini seperti riba', cuma ianya lebih cepat.
"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan
judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa
manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya."
Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang
lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
kepadamu supaya kamu berfikir"
Al-Baqarah, QS, 2 : 219
Rasulullah menegaskan judi ini akan membawa kepada
permasalahan yang besar, bukan sahaja kepada diri sendiri dan keluarga, tetapi
juga kepada masyarakat. Ia akan menyebabkan cara manusia itu berfikir berubah
kepada sesuatu yang tidak fitrah.
-----------------------------------------
R. Baginda melarang lagi sekerasnya pengambilan
minuman yang memabukkan.
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya
(meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan
panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu
agar kamu mendapat keberuntungan.
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar
dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka
berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). "
Al-Maidah, QS, 5 : 90 - 91
------------------------------------------
S. Antara perkara yang dibenci baginda ialah fitnah
dan mengadu-domba. Baginda akan berpaling dari mendengar perkara sebegini.
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang
kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar
kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
Al-Hujuraat, QS, 49 : 6
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah
sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang
ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan
merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan
janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang
mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk
sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan
prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan
janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama
lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang
sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
Al-Hujuraat, QS, 49 : 11 - 12
---------------------------------------------
T. Rasulullah SAW juga menggalakan supaya banyak
memberi (derma dan sedekah). Baginda juga ada menyarankan kepada sahabat untuk
melupakan hutang dan menganggapnya sebagai derma. Baginda berkata haraplah
rahmat dari Allah SWT sebagai rahmat yang lebih besar.
"Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam
kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan
(sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada)
hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian
masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah
dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)."
Al-Baqarah, QS, 2 : 280 - 281
Baginda juga menjaga kepentingan fakir miskin.
Menjadi pelindung kepada anak yatim, balu dan mereka yang di dalam perjalanan.
"Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu
berlaku sewenang-wenang.
Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu
mengherdiknya."
Adh-Dhuhaa, QS, 93 : 9 - 10
"Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang
terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi;
orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari
minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak
meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu
nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"
Al-Baqarah, QS, 2 : 273
-------------------------------------
U. Rasulullah SAW mengajar manusia bagaimana untuk
mengatasi kesusahan dan ujian yang paling ekstrem. Iaitu dengan kesabaran dan
sikap dan akhlak yang baik. Hanya dengan cara inilah baginda berkata yang kita
akan menemui jalan keluar dan kefahaman terhadap ujian itu.
Baginda merupakan contoh terbaik umat manusia
tentang kesabaran dan sikap merendah diri. Sesiapa yang mengenali baginda,
sahabat atau musuh akan mengakuinya.
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar
dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang
sabar.
Al-Baqarah, QS, 2 : 153
Baginda menganggap setiap kesusahan yang hadir itu
adalah kehendak Allah SWT dan kayu ujian untuk diri baginda sendiri.
"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu,
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (kepada
Allah-lah kepunyaan kami, dan kepada Dia-lah kami kembali)"
Al-Baqarah, QS, 2 : 155 - 156
------------------------------------------
V. Rasulullah SAW suka berpuasa. Ia, menurut
baginda, menjadikan dirinya kekal cergas dan cerdas, pemikiran yang tajam, dan
merasakan diri amat dekat kepada Allah SWT.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa"
Al-Baqarah, QS, 2 : 183
------------------------------------------
W. Rasulullah SAW antara penentang kepada sifat
perkauman dan berkabilah-kabilah (parti-parti). Baginda menyarankan penyatuan
untuk semua bangsa Arab.
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa
- bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang
yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa
diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Al-Hujuraat, QS, 49 : 13
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada
Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah
menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan
laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan
(mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah)
hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi
kamu."
An-Nisa', QS, 4 : 1
--------------------------------------------
X. Baginda sentiasa mendamaikan diantara 2 pihak
atau lebih yang sedang bertelagah.
"Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang
beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang
satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar
perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia
telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu
berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.
Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan
takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."
Al-Hujuraat, QS, 49 : 9 - 10
----------------------------------------------
Y. Baginda antara yang banyak berdakwah tentang Nabi
Isa, Bagaimana mukjizat kelahirannya adalah antara mukjizat paling hebat dan
Mariam adalah antara ciptaan agung Allah SWT. Baginda juga selalu berdakwah
kepada kaum Yahudi di Madinah dengan mengatakan Nabi Isa itulah yang Al-Masih
yang disebut di dalam Taurat (Old Testament).
Baginda juga menceritakan kepada mereka tentang
mukjizat Nabi Isa yang antaranya menyembuhkan kusta, menyembuhkan buta dan juga
menghidupkan yang mati seizin Allah SWT. Rasulullah SAW juga menegaskan bahawa
Nabi Isa tidak mati dan akan kembali pada akhir zaman.
----------------------------------------------
Z. Baginda melarang pembunuhan tanpa alasan kukuh.
Baginda berperang, membunuh atau terbunuh hanya apabila musuh itu benar-benar
mengancam nyawa umat Islam. Baginda melarang pembunuhan tawanan dan orang awam
yang tidak
berdosa.
Sebenarnya guide ini tidaklah lengkap tetapi saya
harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu kita mengenal insan yang hebat ini.
Bacaan lanjut perlu dibuat jika ingin lebih mendalami sirah baginda.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad
SAW.
- Jamalee Bashah -